Bantah Rancangan TV Berunsur Penyebaran Ajaran Agama Selain Islam

share on:

BANTAH RANCANGAN TV BERUNSUR PENYEBARAN AJARAN AGAMA SELAIN ISLAM

Saya difahamkan bahawa ada rancangan TV 1 mirip kuliah pada pagi hari ini tetapi malangnya disampaikan oleh orang yang beragama sikhism.

Ini bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan yang melarang ajaran agama lain disebarkan secara terbuka.

Kami desak supaya Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan sewajarnya. Siasatan wajib dilakukan. Siapa yang mengarahkan supaya ada tayangan kuliah agama lain? Kerajaan Pakatan Harapan tidak boleh mengambil ringan terhadap perkara ini kerana ia melanggar kontrak sosial yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Jika benarlah ianya disengajakan, ini bermakna konsep ‘rule of law’ (kedaulatan undang-undang) telah dicabuli!

WAN MOHD FAIZUL WAN ABAS
Pengerusi UMMAH Terengganu
19 Jun 2019/15 Syawal 1440

Leave a Response