Kenapa Perlu Libatkan Islam Dalam Kajian Mata Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan?

share on:

Kenyataan Media

Selasa, 18 Jun 2019 | 14 Syawal 1440H

KENAPA PERLU LIBATKAN BUKAN ISLAM DALAM KAJIAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH KEBANGSAAN?

1. Saya menyokong usaha untuk menambahbaik mata pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan (Sekolah Rendah).

2. Namun, hantaran yang dibuat oleh Teo Nie Ching di Facebook beliau semalam yang kemudiannya dipadam semula tetapi kandungan hantaran itu masih disiarkan di laman sesawang rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat mendukacitakan kerana beliau turut mahu melibatkan orang bukan Islam dalam perkara ini.

3. Melibatkan orang bukan Islam dalam perkara seperti ini hanya menunjukkan Timbalan Menteri Pendidikan sedang membuka ruang seluasnya kepada orang bukan Islam untuk campur tangan dalam urusan orang Islam.

4. Adakah perkara ini adalah usaha peribadi beliau atau inisiatif rasmi KPM? Jika ia adalah inisiatif rasmi KPM mengapa tidak Menteri sendiri yang beragama Islam mengumumkan mengenainya memandangkan umum mengetahui bahawa perkara yang menyentuh kepentingan Islam dan umat Islam seperti ini adalah amat sensitif lebih-lebih lagi di era Malaysia Baharu.

5. KPM juga perlu menjelaskan juga sama ada penglibatan orang bukan Islam ini hanya dalam kajian tinjauan dalam talian sahaja atau turut dilantik menganggotai Pasukan Petugas Khas Pendidikan Islam (PPKPI)? Kerajaan dituntut segera mendedahkan anggota PPKPI ini kepada orang ramai.

Sekian.

“Islam Memimpin”

DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus

Leave a Response