H405 Hanyalah Permulaan Kepada Himpunan Gergasi Rakyat

share on:

 

KENYATAAN MEDIA

H405 HANYALAH PERMULAAN KEPADA HIMPUNAN GERGASI RAKYAT

Tarikh : 8 Mei 2019

1. Setelah satu tahun Kerajaan PH mengambil alih Putrajaya, Kongres Rakyat serta Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) bersama 300 NGO-NGO Islam-Melayu berpendirian bahawa kedaulatan Agama Islam dalam negara kita sedang berada dalam keadaan bahaya dan perlu diselamatkan. Sekiranya perkara ini dibiarkan maka keadaan akan menjadi lebih teruk daripada hari ini.

2. Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam (H405) yang diadakan di KL pada 4 Mei 2019 baru-baru ni adalah permulaan kepada kesedaran dan keprihatinan rakyat terhadap ancaman kedaulatan Islam yang sedang berlaku dalam negara kita.

3. H405 adalah signal awal kepada kerajaan PH bahawa rakyat sudah hilang keercayaan kepada mereka untuk membela kedaulatan agama Islam dalam negara kita Malaysia.

4. Gelombang kebangkitan rakyat yang dicetuskan dalam H405 baru-baru ini akan diteruskan dengan program “roadshow” di peringkat negeri-negeri dari utara ke selatan, pantai barat ke pantai timur sehinggalah semua umat Islam faham, bersatu dan bersedia untuk bangkit membela kedaulatan Islam dalam negara kita.

5. Isu konspirasi dalam kes siasatan arwah Adib, Isu Statut Rom yang membelakangkan Majlis Raja-Raja, Isu UEC, Isu PPSMI, Isu Hina Rasulullah SAW, dan Isu status Islam dalam kad pengenalan akan menjadi salah satu daripada kempen penerangan Kongres Rakyat bersama Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) sepanjang “roadshow” di negeri-negeri ini berjalan.

6. Kami mengalu-alukan sebarang partisipasi rakyat, sama ada NGO-NGO, tokoh masyarakat, dan mana-mana ahli politik yang prihatin dengan isu ini untuk bersama dengan kami dalam kempen nasional ini.

7. Kempen Nasional ini dalam masa terdekat akan menatijahkan satu Himpunan Gergasi Rakyat yang akan memberikan pengajaran secukupnya kepada pihak-pihak yang bersongkongkol dalam agenda menghapuskan kedaulatan Islam dan Negara dalam negara kita Malaysia.

Sekian.

Terima kasih.

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Pengarah Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam (H405),
Timb Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH),
Setiausaha Agung Kongres Rakyat.

Leave a Response