“Bubar Parlimen Jika Tak Tahu Nak Pimpin Negara”

share on:

“Bubar Parlimen Jika Tak Tahu Nak Pimpin Negara”

KUALA LUMPUR, 4 Mei – “Kalau tak tahu nak pimpin negara, bubar parlimen hari ini!,” demikian tegas Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Haji Aminuddin Yahaya.

Penegasan itu dibuat dalam ucapan beliau di Himpunan Pertahan Ummah hari ini.

Katanya, sikap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Mujahid yang membiarkan kedudukan agama Islam terus terancam sangat dikesali.

“Hari ini Menteri Agama kata Islam tidak terancam tetapi lantik Tommy Thomas (Peguam Negara) yang bukan Islam, nak pertahan macam mana?

“Ini Menteri Agama Islam ke agama apa?

“Dia kata dia bukan Menteri Agama Islam sahaja, tetapi menteri semua agama,” katanya.

Haji Aminuddin berkata, kerajaan hari ini bukan sahaja menipu dalam manifesto, malah minda rakyat juga ditipu.

Kesal dengan sikap kerajaan, Pengerusi UMMAH itu mencabar supaya Parlimen dibubar jika kerajaan gagal memimpin negara.

Leave a Response