15k Peserta Himpunan Beri Amaran Kepada Kerajaan

share on:

15k Peserta Himpunan Beri Amaran Kepada Kerajaan

KUALA LUMPUR, 4 Mei – Jalan Tuanku Abdul Rahman hari ini secara rasminya telah dibanjiri lebih 15 ribu peserta sempena Himpunan Pertahankan Kedaulatan Islam dan Perlembagaan.

Demikian menurut Timbalan Pengerusi Gerakan Pembela UMMAH, Kamaruzaman Mohamad semasa dihubungi pihak media.

 

“Kehadirah hari ini lebih 15 ribu peserta dari seluruh negara dan himpunan berjalan aman tanpa sebarang insiden yang tidak dikehendaki.

“Liputan live juga mendapat sambutan rakyat sehingga mencecah 37k views,” katanya.

Ulasnya, Gerakan Pembela Ummah (Ummah) mahu perhimpunan itu menjadi amaran tegas buat pihak yang tidak senang dengan peruntukan-peruntukan yang telah digariskan secara jelas dalam Perlembagaan Persekutuan.

Leave a Response