UMMAH Anjur Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam (405)

share on:

KENYATAAN MEDIA
GERAKAN PEMBELA UMMAH (UMMAH)

29 April 2019

1. Melihat kepada perkembangan negara yang banyak memberikan ancaman kepada kedaulatan Agama dan Negara, Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) bersama 300 NGO yang lain akan mengadakan satu HIMPUNAN PERTAHAN KEDAULATAN ISLAM (405) pada 4 Mei 2019, hari Sabtu.

2. Himpunan ini akan bermula di Masjid Jamek selepas daripada solat dzuhur dan akan berakhir di Sogo sebagai pentas ucapan pimpinan NGO dan Parti Politik yang hadir bersama.

3. Himpunan ini akan menyentuh isu ancaman kepada kedaulatan negara yang meliputi isu Statut Rom, isu arwah Adib, isu Bahasa Kebangsaan, isu UEC, dan isu-isu lain yang berkaitan. Seramai 10 orang wakil NGO dan beberapa tokoh ahli politik yang akan hadir berucap.

4. Kami pihak menganjur menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia dan mana – mana pihak yang mengambil berat tentang isu ini untuk hadir bersama menyatakan sokongan dalam himpunan ini.

Sekian.

Terima kasih.

HAJI KAMARUZAMAN MOHAMAD
Timbalan Pengerusi,
Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)

Leave a Response