Kemunculan Gelombang Ekonomi Muslim Menjelang Akhir Tahun

share on:

Kemunculan Gelombang Ekonomi Muslim Menjelang Akhir Tahun

Oleh: Faris Mahfuz

UMMAH menyarankan semua pihak agar turut membantu produk-produk Muslim.

Saranan tersebut disuarakan Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Haji Aminuddin Yahaya.

“Kita minta pihak-pihak yang berwajib termasuklah pihak Kerajaan, terutamanya institusi-institusi seperti Bank memberikan kelonggaran kepada mereka.

“Hal ini (pinjaman Bank) telah menjadi satu dilema kepada pengusaha,Muslim yang mempunyai masalah kredit,” tegasnya.

Memetik ucapan beliau, Aminuddin mengharapkan agar semua pihak termasuklah pengguna, kerajaan mahupun institusi memberikan kerjasama untuk membantu produk Muslim.

Tambahnya, jika ianya berjalan lancar, pada akhir tahun ini negara akan nampak satu lonjakan yang besar kepada institusi Muslim & orang Islam insya-Allah.

Aminuddin berkata demikian di sidang media UMMAH dan PPIM bersempena Majlis Pelancaran Kempen Beli Produk Muslim anjuran UMMAH dan PPIM di Menara Kuala Lumpur, Selasa lalu.

Leave a Response