Jihad Ekonomi Muslim Perlu Diperkasa

share on:

Jihad Ekonomi Muslim Perlu Diperkasa

Oleh: Faris Mahfuz

“Orang Muslim selaku penduduk majoriti di Malaysia seharusnya tidak mundur di dalam bab ekonomi,” demikian menurut Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Haji Aminuddin Yahaya.

Ulasnya, tidak pernah berlaku golongan majoriti kalah ekonominya dengan golongan minoriti.

“Semua ini menyebabkan kita berada di belakang daripada orang lain.

“Jadi, sudah sampai masanya kita memberi sokongan kepada usahawan Muslim.

“Mungkin kita susah sedikit nak dapatkan produk berkenaan, mungkin jauh sedikit tempat jualannya, mungkin harganya sedikit mahal, dan inilah yang dikatakan sebagai pengorbanan selaku seorang Muslim.

“Jika mahal 20 atau 10 sen, apa salahnya,” jelasnya.

Aminuddin berkata demikian di sidang media UMMAH dan PPIM bersempena Majlis Pelancaran Kempen Beli Produk Muslim anjuran UMMAH dan PPIM di Menara Kuala Lumpur, semalam.

Leave a Response