Hilang Kesedaran & Sokongan Punca Ekonomi Muslim Mundur

share on:

Hilang Kesedaran & Sokongan Punca Ekonomi Muslim Mundur

Oleh: Faris Mahfuz

Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Haji Aminuddin Yahaya menyatakan sokongan penuh beliau terhadap ‘Kempen Beli Produk Muslim’ semalam.

Sokongan itu dizahirkan menerusi Sidang Media UMMAH dan PPIM bersempena Majlis Pelancaran Kempen Beli Produk Muslim anjuran UMMAH dan PPIM di Menara Kuala Lumpur.

“Bagi kami, nasib kita berada di tangan kita. Maka, kita tidak boleh mengharapkan orang atau bangsa lain untuk tolong bangsa kita.

“Jadi, jika kita tidak tolong bangsa kita, maka layaklah kita ini duduk di kelas ketiga,” katanya.

Tambah beliau, jika dahulu orang melayu memandang hina kepada orang Rohingya, Bangladesh dan lain-lain, akan tetapi sekarang ini ianya dah terbalik.

“Orang kita pula yang jadi hamba (pekerja) mereka. Sebab apa?”

“Bukannya sebab kita tiada kemampuan tetapi kita tidak ada kesedaran dan sokongan daripada peringkat kita semua,” katanya.

Leave a Response