UMMAH Pencetus Kebangkitan Ekonomi Islam

share on:

UMMAH Pencetus Kebangkitan Ekonomi Islam

Oleh: Faris Mahfuz

KUALA LUMPUR, 2 April – Timbalan Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Kamaruzaman Mohamad komited untuk membela dan meningkatkan pasaran produk Muslim di Malaysia.

“Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), setakat ini sudah ada cawangan di seluruh negara Malaysia termasuklah negeri Kelatan, Terengganu, Perak, Kedah dan lain-lain. Pelancaran kempen beli produk Muslim akan turut diadakan di peringkat negeri selepas ini.

“Kita sedang menyusun jadual di seluruh negara dan kita akan panjangkan kempen ini. Kita juga sedang mengadakan hubungan dengan majlis agama islam di negeri-negeri untuk turut sama dalam kempen sebegini,” katanya.

Manakala, Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Haji Aminuddin Yahaya pula menegaskan bahawa perkara asas yang difokuskan ialah soal ideologi dan bukannya semata-mata tertumpu kepada soal produk Muslim sahaja.

Mereka berkata sedemikian di sidang media UMMAH dan PPIM bersempena Majlis Pelancaran Kempen Beli Produk Muslim, Menara Kuala Lumpur, hari ini.

Leave a Response