‘Apps’ Mega Produk Muslim Pertama Bakal Dicipta

share on:

‘Apps’ Mega Produk Muslim Pertama Bakal Dicipta

Oleh: Faris Mahfuz

Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) hari ini tampil di sidang media bersama PPIM bersempena Majlis Pelancaran Kempen Beli Produk Muslim, Menara Kuala Lumpur.

Timbalan Pengerusi, Kamaruzaman Mohamad berkata, Orang Islam menjadi kuasa beli yang terbesar di Malaysia.

Rentetan itu ulasnya, produk di pasaran sekarang banyak berkisar tentang hal sedemikian.

Namun beliau mempersoalkan bagaimana cara umat Islam menyemarakkan kempen untuk membeli produk mereka sendiri.

Menerusi sidang media itu, Kamaruzzaman menyatakan beberapa strategi yang sistematik perlu dirangka.

“Strategi pertama ialah kita akan membangkitkan kesedaran dalam kalangan umat Islam terutamanya melalui kempen agar umat Islam memberikan sokongan penuh terhadap produk-produk Muslim.

“Apabila umat Islam sudah mempunyai kesedaran dan berhajat kepada produk-produk Muslim berkenaan, maka kita akan tawarkan ‘Apps’ khusus di mana ianya sedang dibangunkan.

“Aplikasi berkenaan akan menyenaraikan direktori khusus yang menghimpunkan kesemua produk Muslim seperti minyak masak, kek, baju dan lain-lain.

“Secara tidak langsung, kita sudah membantu pengeluar, penjual dan pengedar Muslim.

“Jika hal ini berjalan lancer, kita akan mewujudkan satu kitaran lengkap untuk produk Muslim,” ulasnya.

Leave a Response