“Saya Cabar Mujahid Letak Jawatan Jika Gagal Pertahan Agama” – Kamaruzaman Mohamad

share on:

“Saya Cabar Mujahid Letak Jawatan Jika Gagal Pertahan Agama” – Kamaruzaman Mohamad

“Saya cabar Mujahid, kalau anda tak mampu menjaga agama kami dari terus dihina, sila letak jawatan,” demikian penegasan dibuat Timbalan Pengerusi UMMAH, Kamaruzaman Mohammad terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Penegasan tersebut dibuat setelah Mujahid dilihat gagal bertindak keatas individu yang didakwa menghina Nabi dengan perkataan kesat.

Tambah Kamaruzaman, Mujahid tidak layak memegang jawatan sekiranya beliau tidak mampu menjaga kedudukan agama Islam sebagaimana telah termaktub dalam perlembagaan negara.

Terdahulu, Mujahid menyifatkan cadangan himpunan sebagai protes terhadap penghinaan agama itu sebagai sesuatu yang bersifat politik dan ‘menunggang agama’ semata-mata.

Justeru, Timbalan Pengerusi UMMAH turut mengharapkan kerjasama pihak polis bagi menyiasat dan mengambil tindakan segera sebelum suasana menjadi lebih parah dan hubungan antara kaum di negara ini semakin meruncing.

Beliau juga berkata, UMMAH telah dihubungi oleh NGO-NGO Islam dari seluruh negara menyatakan perasaan marah yang teramat terhadap insiden yang berlaku ini dan saya kebimbangan sekiranya aktiviti sedemikian tidak disekat.

Leave a Response