Naib Presiden PAS : Kenyataan Ronnie Liu Sama Dengan Deklarasi Setapak

share on:

Naib Presiden PAS : Kenyataan Ronnie Liu Sama Dengan Deklarasi Setapak

Naib Presiden PAS, Idris Ahmad menegaskan bahawa beliau tidak terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan Ronnie Liu yang mendakwa PH tidak perlu menjadi lebih melayu dari UMNO dan PAS.

“Ronnie Liu (DAP) kata PH jangan jadi lebih Melayu dari Umno dan PAS.

“PAS Tidak terkejut, kenyataan ini sesuai dengan Deklarasi Setapak 1967. Ada beranikah mahu sanggah!”tegas beliau menerusi posting ringkas di laman Facebooknya semalam.

Idris Ahmad melalui kenyataan sama berkata, deklarasi Setapak memperkukuh pandangan DAP bahawa dalam proses membina negara, kesamarataan etnik harus menjadi prinsip paling penting, dan di atas prinsip inilah pengasingan rakyat ke dalam dua kelompok ‘Bumiputera’ dan ‘bukan Bumiputera’ ditentang.

Tambah beliau, polisi berkaitan budaya dan pendidikan, deklarasi menekankan bahawa semangat Perlembagaan Persekutuan mestilah dihormati; sementera menerima Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan, hak untuk menggunakan bahasa lain juga mestilah dipertahankan.

“Deklarasi Setapak juga memperkukuhkan komitmen DAP untuk membina negara yang kreatif dan hidup berharmoni, yang membuka jalan ke arah integrasi nasional dan bukan kehancuran negara,” katanya.

Leave a Response