Aiman Tak Kisah?

share on:

Selepas Pakatan Harapan mengambil alih negara, bagaimanakah penilaian rakyat terhadap prestasi kerajaan baharu setelah hampir 9 bulan mentadbir negara?

Seteleh beberapa siri pilihanraya kecil yang bersilih ganti, selepas PRK Cameron Highland yang telah dimenangi oleh wakil rakyat daripada Barisan Nasional, dan terkini bakal berlakunya PRK N24 Semenyih yang akan disaingi empat penjuru iaitu daripada calon Pakatan Harapan (PH), Muhammad Aiman Zainali; calon Barisan Nasional (BN), Zakaria Hanafi; calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Nik Aziz Afiq Abdul serta calon Bebas, Kuan Chee Heng.

Terkini, negara kecoh dengan isu menteri, timbalan menteri, dan wakil rakyat dari Pakatan Harapan yang dipercayai telah menipu sijil akademik mereka. Selain fenomena “Bossku” yang dipelopori oleh bekas Perdana Menteri, Dato Seri Najib Razak telah tular di media sosial mengkritik menteri dan kerajaan terkini terutama perihal pertambahan AES di lebuhraya, Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) yang menggantikan BR1M, dari jumlah RM450 kepada hanya RM100 sahaja untuk penerima berstatus Bujang, selain penjualan aset dan saham syarikat di bawah KHAZANAH kepada Jepun dan Singapura.

Berkait rapat dengan calon wakil rakyat dari Pakatan Harapan yang juga bendahari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) iaitu Aiman Zainali, dikatakan masih muda dalam pentas politik serta tutur terpalit isu penipuan sijil akademik telah diketengahkan oleh Pakatan harapan untuk merebut kerusi N24 Semenyih pengundian pada 2 Mac ini.

Berdasarkan kenyataan Aiman Zainali sendiri, sekiranya diberi mandat oleh rakyat, beliau tidak mempunyai manifesto khusus melainkan untuk perjuangkan isu hospital. Keadaan ini mungkin akan membimbangkan penduduk tempatan yang mengharapkan kebajikan mereka lebih terbela terutamanya melibatkan peningkatan kos sara hidup. Adakah ini bermakna calon dari Pakatan Harapan ‘tak kisah’ dengan derita yang membelenggu rakyat sekarang?

Hal ini juga berkemungkinan daripada manifesto kerajaan Pakatan Harapan sendiri yang masih tiada perkembangan positif untuk menunaikan manifesto yang telah dijanjikan pada Pilihanraya Umum ke-14 yang lalu, menyebabkan beliau tidak bercita-cita tinggi untuk membela nasib rakyat di Semenyih.

 

Hamid Arsyad
Pengundi N24 Semenyih

 

***”Penulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian MayaNasional”

Leave a Response