Persepakatan PAS-Umno Ancaman Kepada Masa Depan PH?

share on:

Persepakatan PAS-Umno Ancaman Kepada Masa Depan PH?

Kemenangan calon BN dalam Pilihan Raya Kecil semalam nyata memberi isyarat masa depan Pakatan Harapan kian terancam.

Persepakatan PAS-Umno dilihat mampu menggugat PH. Presiden PAS, Abdul Hadi turut memberi reaksi positif terhadap persepakatan parti itu dengan Umno.

Katanya, beliau melihat keputusan itu sebagai perkembangan positif ke arah kerjasama blok pembangkang yang lebih baik.

Abdul Hadi dalam masa sama menegaskan kekalahan DAP dan PH dalam PRK itu menjadi isyarat penolakan rakyat terhadap kegagalan PH dalam menunaikan janji mereka, di samping menjadi petanda rakyat menolak budaya politik melampau yang dibawa oleh DAP.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Tuan Ramli, dan berharap agar mampu memimpin dengan baik.

“Kepada Tuan Ramli Mohd Nor, semoga beliau dapat membawa suara pembela agama, bangsa dan negara dengan sebaiknya di Parlimen.”

Leave a Response