Berjoget 14 Hari 14 Malam Itu Hak Awak

share on:

Berjoget 14 Hari 14 Malam Itu Hak Awak

“Hendak berjoget 14 hari 14 malam itu hak awak, kerana awak kata ini hak privasi masing-masing,” demikian bidas Naib Presiden PAS, Idris Ahmad semasa mengulas isu video yang tular melibatkan peguam negara.

Video tersebut memalukan apabila aksi tarian Peguam Negara, Hakim Negara dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri tersebar.

Idris Ahmad dalam masa sama menyelar kenyataan Hanipa Maidin yang mengatakan program makan malam dan tari menari yang dipanaskan tak tentu fasal itu hakikatnya sebahagian tradisi (bidang guaman).

“Yang masyarakat pertikai mereka yang berjoget itu pemegang tonggak keadilan.

“Kalau hendak berjoget macam itu, tak usahlah pegang jawatan ini.

“Kalau pun awak kaki joget tolong simpan dahulu, kerana kamu berada di tempat yang sensitif untuk kepentingan awam,” katanya.

Beliau dalam masa sama mengingatkan kembali istilah yang selalu loyer PH sebut waktu pembangkang dahulu “ keadilan bukan sahaja hendaklah dilakukan tetapi ia juga hendaklah dilihat sebagai sudah dilakukan”.

“Tak tahulah istilah ini telah dinasakhkan setelah PH menjadi kerajaan.

“Bukankah kerajaan PH hari ini seperti air mutlak suci lagi menyucikan?” soalnya mengakhiri kenyataan.

Leave a Response