Netizen Lancar Kempen Boikot Barangan Secara Meluas

share on:

Netizen Lancar Kempen Boikot Barangan Secara Meluas

Oleh: Asyraf

Netizen mula melancarkan kempen boikot barangan penyokong sebuah parti politik dipercayai sebagai langkah protes dengan sikap yang ditunjukkan parti itu yang dianggap mengancam survival dan masa depan Islam dan Melayu.

Kempen itu bermula apabila netizen mula menyebarkan satu gambar yang menyenaraikan barangan yang perlu diboikot orang ramai bagi memberi mesej kepada parti itu supaya tidak melampaui batas.

Antara barangan dan produk yang tersenarai adalah Pasaraya & Runcit, Beras, Minyak Masak, Susu Manis, Sardin & Tuna, Tepung Gandum, Kopi, Makanan Cereal dan Minuman Tin, Botol Serta Kordial.

Namun begitu sehingga kini tiada sebarang pihak yang muncul bertanggungjawab terhadap kempen boikot tersebut.

Pihak kami mendapati kempen tersebut mula tersebar secara meluas sejak beberapa minggu lepas dan kini mula tersebar di kebanyakan media sosial milik rakyat negara ini.

Leave a Response