Tindakan Tidak Bertamadun Bangsa DAP Yang Menyerang Tuan Guru Hj Hadi Awang Dengan Kata Kesat Jelas Melambangkan Keperibadian DAP

share on:

Tindakan Tidak Bertamadun Bangsa DAP Yang Menyerang Tuan Guru Hj Hadi Awang Dengan Kata Kesat Jelas Melambangkan Keperibadian DAP

Oleh : Lokman Adam

25 Disember, 2018

Tindakan seorang menyokong DAP bernama Ben mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Presiden PAS kerana tidak puas hati dengan pendirian PAS untuk menolak pilihanraya kerajaan tempatan, amat mengecewakan.  Inilah sikap yang seringkali dipamirkan bangsa DAP bila gagal menolak sesuatu hujah dengan fakta. Akhirnya, perkataan maki hamun akan menjadi modal mereka.

 

Namun apa yang mengecewakan saya, bangsa DAP yang menetap di Kota London tersebut telah menuduh Tuan Guru Haji Hadi sebagai seorang yang tidak boleh menerima DAP memerintah, sedangkan DAP dikatakan oleh Ben sebagai sebuah kerajaan yang “perform”.   Saya hampir tak percaya dengan lawak bodoh Bangsa DAP yang malas membaca dan seolah-olah baru keluar dari gua dan terputus hubungan dengan dunia luar.

 

Apalah pencapaian DAP yang hendak kamu banggakan Ben?

  1. Pencapaian menghapuskan cukai GST yang jelas meningkatkan pendapatan negara dan menggantikannya dengan cukai lapok dan tidak effisyen SST yang membolehkan peniaga DAP “under declare”, lari cukai, pindah harga dan meningkatkan kos sara hidup rakyat?

 

  1. Pencapaian menipu nilai sebenar hutang negara tahun lepas RM686.8 billion yang dikatakan melebihi RM 1 Trillion?

 

  1. Pencapaian menurunkan nilai Ringgit dari RM3.85 1 USD semasa pemerintahan BN kepada RM 4.20 sekarang?

 

  1. Pencapaian menurunkan nilai indeks BSKL dari 1850 mata zaman Dato’ Sri Najib Razak Menteri Kewangan kepada 1683 kini?

 

  1. Pencapaian apa yang kamu maksudkan Ben? Adakah pencapaian Guan Eng meranapkan Rezab BNM yang BN tinggalkan sebanyak USD 110 Billion yang kini tinggal USD 101.4 Billion?

 

  1. Atau pencapaian menurunkan import negara, pencapaian menghalau pelabur asing, pencapaian menurunkan harga minyak sawit, getah, musang king? Sedarlah Bangsa DAP, kerajaan DAP adalah satu-satunya kerajaan yang terbukti gagal mengurus ekonomi negara. Satu-satunya yang Menteri DAP pandai buat ialah memindahkan kepakaran menjual tanah Pulau Pinang ke MOF.  Sekarang ini satu persatu harta Umat Islam dijual oleh Menteri Kewangan DAP yang haprak ini.

 

  1. Jika Ben berbangga dengan “Rule of Law” zaman Kuku Besi DAP, sejak Peguam Negara dilantik dikalangan pencinta Komunisme dan Ketua Hakim Negara dilantik dikalangan mereka yang membenci Islam, “Rule of Law” sudah bertukar menjadi “Law of The Jungle”. Hampir semua pemimpin Pakatan Harapan digugurkan dari pertuduhan di Mahkamah, bermula dengan Sivarasa Rasiah, Kes Akta Hasutan dan MCMC, Eric Paulsen, Akta Hasutan, Tian Chua, Tony Phua, Phang Li Khoon si penyogok dan Guan Eng, Bapa Rasuah Pulau Pinang, semuanya dibebaskan. Inikah pencapaian atau “performance” DAP yang kamu banggakan?

 

Itu sebabnya saya nak ingatkan kepada Bangsa DAP bernama Ben, sebelum menuduh Dato’ Sri Tuan Guru Hj Hadi duduk dalam tempurung kelapa “Coconut Shell”, pergilah tengok diri kamu di cermin terlebih dahulu, siapa sebenarnya ketinggalan zaman.  Kamu bernasib baik kerana kamu tinggal di London, cubalah kamu hina Al Quraan di bumi Malaysia, kita tengok apa akan jadi dengan tempurung kepala kamu.  saya tidak fikir ada umat Islam yang waras akan melepaskan kamu.

 

Satu-satunya kejayaan Bangsa DAP di Malaysia adalah kejayaan mereka menzahirkan sikap biadap dan tidak bertamadun mereka menghina agama Islam, memperlekeh hak Istimewa Melayu, mempersenda Bahasa Melayu dan memfitnah Raja-Raja Melayu, selain daripada itu, DAP dan sekutu Pakatan Harapan akan sentiasa dipandang Pakatan Haprak oleh Rakyat Malaysia.

 

Dato’ Lokman Noor Bin Adam

Ahli Majlis Tertinggi UMNO

 

#Umno&PasBerpisahTiada

#TolakPilihanrayaKerajaanTempatan

#CubitPehaKiriPehaKananJugaSakit

Leave a Response