Isu Ustaz Kena Banned : “Ingat Kita Nak Sangat Anok Dara Dia” – Ustaz Azhar Idrus

share on:

Isu Ustaz Kena Banned : “Ingat Kita Nak Sangat Anok Dara Dia” – Ustaz Azhar Idrus

Isu para ustaz dibanned dari bersiaran di televisyen kini tular di media sosial.

Mengulas lanjut hal tersebut, Ustaz Azhar Idrus; yang merupakan salah seorang ustaz terlibat memberitahu, pihaknya tidak mempunyai sebarang masalah dengan isu itu.

Ustaz Azhar semasa ditanya menjawab dengan membuat kiasan mengenai anak dara yang tidak diminati.

“Kat rumah kita ada sebuah rumah, ada anak dara 4, 5 orang. Tapi kita tak berkenan kepada semua anak dara itu.

“Tiba-tiba emak anak dara datang dan bagitahu, awak tidak dibenarkan meminang anak dara saya.

“Ingat kita nak sangat anak dara dia?” katanya.

Demikian kiasan diberi sambil memaklumkan pihaknya tidak berminat untuk berdakwah melalui media massa walaupun sudah banyak undangan diterima sebelum ini.

Tambahnya, cara berdakwah yang paling berkesan adalah di masjid; yang merupakan tempat yang paling sesuai menyebarkan Islam, bukan melalui televisyen.

Ikuti kupasan lanjut di https://youtu.be/ktt1_Cjtjwk

Leave a Response