Page Waytha Moorthy dan Ganabatirau Veraman Diserang Teruk Oleh Netizen Setelah Kematian Adib Diisytiharkan

share on:

Page Waytha Moorthy dan Ganabatirau Veraman Diserang Teruk Oleh Netizen Setelah Kematian Adib Diisytiharkan

 

Insiden serangan kuil di Seafield kini berakhir dengan kematian Allahyarham Muhammad Adib Bin Mohd Kasim jam 9.41 malam semalam.

 

Kesal dengan apa yang berlaku, media sosial hari ini dibanjiri desakan supaya Menteri Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional, Waytha Moorthy dan Exco Pemberdayaan dan Pembangunan Sosio Ekonomi dan Kerajaan Prihatin Selangor, V Ganabatirau dilucutkan jawatan.

 

Desakan tersebut ekoran tindakan mereka yang menyalahkan pasukan keselamatan kerana gagal mengawal keadaan insiden Kuil di Seafield baru-baru ini. Dalam masa sama, mereka menuduh orang Islam menyerang kuil di Seafield.

 

Waytha Moorthy dan V Ganabatirau menerusi akaun Facebooknya turut merakamkan takziah kepada Muhammad Adib.

 

Namun, ucapan itu diserang komen netizen dengan hastag #LetakJawatanWaythaMoorthy dan #LetakJawatanGanabatirau.

 

“Waythamoorthy, anda memang muka tidak tahu malu, masih tak mahu letak jawatan. Suka atau tidak, andalah salah satu punca kejadian sebegini berlaku. Malaysia akan sedikit aman tanpa anda didalam kerajaan.

 

“Waytha Moorthy & Ganabatirau Wajar Didakwa kerana merekalah yg Meniupkan Api Kebencian sehingga Tragedi ini Berlaku…#justice4Adib,” demikian antara komen netizen.

 

Ikuti komen-komen netizen di Facebook mereka:

https://www.facebook.com/422875557812024/posts/1653848694714698/

https://www.facebook.com/478946188787731/posts/2467539279928402/

 

 

 

 

 

 

Leave a Response