Doa Nik Zawawi, PH Tak Perlu Takut – Hadi

share on:

Doa Nik Zawawi, PH Tak Perlu Takut – Hadi

Oleh: Asyraf Hanif

Shah Alam, 12 Disember – Presiden Pas, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang menegaskan kerajaan Pakatan Harapan tidak perlu takut pada doa yang dibacakan oleh Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS, Dato’ Dr. Nik Muhamad Zawawi di Himpunan Aman Rakyat Bantah ICERD sabtu lalu.

Beliau menjawab soalan moderator, Tan Sri Johan Jaafar di program Bicara Minda Sinar Harian berkenaan komen beliau membabitkan isu doa ini.

“Kalau Pakatan Harapan melaksanakan perkara yang betul, tunai janji yang tepat, tak perlu takut pada doa ini.” Kata beliau dengan berseloroh.

Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS yang mendoakan agar hayat kerajaan Pakatan Harapan singkat itu telah menjadi isu yang dibangkitkan dengan mendakwa doa itu sebagai melampau.

Leave a Response