Perpecahan Faktor Kejatuhan Melaka” – Sultan Nazrin

share on:

Perpecahan Faktor Kejatuhan Melaka” – Sultan Nazrin

Oleh: Asyraf Hanif

Sultan Nazrin mengingatkan kepada rakyat jelata untuk mengelakkan persengketaan yang berpanjangan untuk mengelakkan peristiwa kejatuhan keagungan Kesultanan Melaka berulang.

“Di samping kita berbangga dengan kejayaan Melaka, kita haruslah menjaga perpaduan oleh sebab perpecahan, perselisihan faham dan perebutan kuasa adalah antara faktor-faktor yang menjatuhkan keagungan Kesultanan Melaka.” Titah baginda.

Baginda juga mengingatkan rakyat supaya tidak meneruskan persengketaan yang berpanjangan untuk mengelakkan kejayaan yang dicapai umat Islam tergadai.

“Ia supaya umat Islam di Buki ini tidak tercicir yang dikendong, tidak berakhir dengan menang menjadi arang, kalah menjadi abu kerana kecenderungan untuk terus bersengketa,” tambah baginda.

“Islam telah membina umat Melayu yang berdisiplin, amanah, jujur, luhur dan Ikhlas

“Islam telah menyatukan umat Melayu, membina Ukhuwah hingga umat Melayu bersatu teguh, muncul sebagai umat yang kuat.

Leave a Response