Pelakon Mustafa Kamal Setuju Dengan Seruan Timb. Pres Pas

share on:

“Pada kerajaan yang ada sekarang ini berhati-hati rakyat sedang memerhati kamu, apa saja keputusan yang kamu buat kamu kena berhati-hati,” demikian pesan pelakon Mustafa Kamal.

Pelakon itu yang turut serta dalam himpunan 812 hari ini berkata beliau akan membantah ICERD walau apa jua keadaan sekalipun.

Beliau dalam masa sama menyatakan persetujuan dengan seruan Timbalan Presiden PAS bahawa rakyat tidak teragak-agak untuk berhimpun sekali lagi di Putrajaya jika ICERD tetap diratifikasi.

”Kita akan bantah tak kira walau dalam keadaan mana sekali pun.

“Tengoklah nanti, insya-Allah,” katanya.

Leave a Response