PAS Hargai Nasihat Tun Memudahkan Perjalanan Himpunan

share on:

PAS Hargai Nasihat Tun Memudahkan Perjalanan Himpunan

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang menzahirkan penghargaan beliau terhadap reaksi positif kerajaan mengenai himpunan bantah ICERD.

Kenyataan tersebut dibuat setelah Perdana Menteri memuat naik pesanan ringkas beliau di Facebook peribadinya sambil menyatakan kerajaan tidak berhasrat menghalang himpunan itu.

Menurut Abdul Hadi, PAS menyambut baik kerjasama yang diberikan oleh pihak kerajaan, khususnya daripada pihak PDRM dan DBKL.

“PAS memberikan komitmen untuk mematuhi setiap arahan penganjur dan pihak keselamatan dari semasa ke semasa, bagi memastikan kejayaan perhimpunan ini.

“PAS juga menyeru semua rakyat untuk turut serta dalam menzahirkan pendirian terhadap ICERD dan seumpamanya, demi memelihara kerukunan dan keharmonian hidup yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia,” katanya.

Tags:

Leave a Response