Umat Islam Malaysia Berisiko Hilang Agama Kalau Tidak Bertegas

share on:

 

Umat Islam Malaysia Berisiko Hilang Agama Kalau Tidak Bertegas

Oleh : Asyraf Hanif

Pengarah Institut Pemikiran Tok Guru, Dato’ Dr. Johari Mat menyeru umat Islam khusunya untuk sama-menghadiri Himpunan Aman Rakyat Bantah ICERD pada 8 Disember ini di Dataran Merdeka bagi mempertahankan agama Islam.

Beliau menyifatkan bantahan ini bukan sekadar bertentangan dengan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan malah ia mengancam agama anak cucu di masa akan datang.

“Kita turun ini bukan sekadar bertentangan dengan 153, tetapi ia mengancam agama yang kita anuti ini.” Katanya.

“Kalau kita tidak pertahan, maka anak cucu, keturunan kita akan hilang agama.” Tegasnya lagi.

Himpunan Aman Rakyat Bantah ICERD tetap diteruskan walaupun Kerajaan Pakatan Harapan telah mengumumkan untuk tidak meratifikasi ICERD bagi meraikan kejayaan rakyat membantah ICERD yang cuba mencabuli Perlembagaan Persekutuan.

Leave a Response