Perutusan Tun Sempena Himpunan : Sikap Lunak Tun Berkenaan ICERD Berbeza Dengan Sikap Anwar Yang Tempelak Cuti Kelantan 

share on:

Perutusan Tun Sempena Himpunan : Sikap Lunak Tun Berkenaan ICERD Berbeza Dengan Sikap Anwar Yang Tempelak Cuti Kelantan 

Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir menghargai penganjuran himpunan bantah ICERD berbeza dengan sikap Presiden PKR, Anwar Ibrahim yang sebelum ini menempelak Kerajaan Kelantan selepas mengumumkan cuti peristiwa sempena himpunan itu.

Tun M menerusi Facebooknya telah memuat naik video ringkas yang merupakan pesanan ringkas kepada peserta himpunan.

Katanya, pihak Kerajaan tidak menghalang himpunan tersebut, malah mengucapkan terima kasih jika perhimpunan itu diadakan atas dasar kesyukuran.

“Bagi pihak Kerajaan, jika perhimpunan itu diadakan atas dasar kesyukuran, kita mengucapkan terima kasih kerana sokongan yang ditunjukkan.

“Pihak Kerajaan tidak berhasrat menghalang atau menyukarkan penganjur perhimpunan kerana ini bertentangan dengan dasar Kerajaan yang mendokong prinsip-prinsip demokrasi.

“Cuma satu sahaja permintaan Kerajaan iaitu penganjur perlu membantu pihak polis dan pihak berkuasa yang lain di dalam memastikan tidak berlaku kekacauan atau kerosakan ke atas harta benda awam.

“Jika boleh jangan membuang sampah di merata-rata tempat dan jagalah kebersihan,” demikian pesanan ringkas Tun Mahathir.

Leave a Response