NGO UMMAH Meneruskan Himpunan Aman Rakyat Tolak ICERD

share on:

KENYATAAN AKHBAR PENGANJUR HIMPUNAN AMAN RAKYAT TOLAK ICERD

1.      Susulan kenyataan akhbar Pejabat Perdana Menteri berkenaan “Kerajaan Pakatan Harapan Tidak Akan Meratifikasi ICERD” bertarikh 23 November 2018

2.      Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) bersama Sekretariat Kedaulatan Negara (DAULAT) bersama NGO-NGO Islam Melayu menyambut baik keputusan yang telah dibuat Pejabat Perdana Menteri tersebut.

3.      Jawatankuasa penganjur Himpunan  Aman Rakyat Tolak ICERD telah mengambil keputusan untuk meneruskan Himpunan yang dirancang pada 08 Disember 2018. Keputusan ini diambil berdasarkan perkara berikut:

i.     Perkembangan yang berlaku selepas PRU 14 menunjukkan sebahagian besar janji manifesto kerajaan tidak ditunaikan, maka kejadian yang sama juga boleh berlaku terhadap janji untuk tidak meratifikasi ICERD. Himpunan ini diharap dapat memberi amaran kepada kerajaan agar tidak memungkiri janji untuk tidak meratifikasi ICERD di masa depan. Ini kerana masih kedengaran suara-suara khianat daripada sebahagian menteri kabinet yang ingin meneruskan ratifikasi ICERD di masa depan dengan menyebut hanya“menangguhkan proses ratiifikasi ICERD” dan masih terdengar komen-komen yang menggesa diratifikasi ICERD.

ii.    Himpunan ini juga sebagai amaran kepada kerajaan PH untuk tidak meneruskan agenda yang tersembunyi didalam ICERD iaitu yang melibatkan pelaksanaan dasar dan tindakan kerajaan PH yang:

1.     Menggugat kedudukan Islam sebagai Agama Bagi Persekutuan (Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan)

2.     Menggugat kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi negara yang telah ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan dari segala sudut penggunaan dan pemartabatan Bahasa Melayu

3.     Mengugat kedudukan  keistimewaan orang-orang Melayu dan Bumiputera (Orang Asal, Sabah dan Sarawak) sebagaimana termaktub dalam perkara 153 perlembagaan Persekutuan)

4.     Menggugat kedudukan dan peranan penting Insitusi Raja-Raja Melayu dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab sebagaimana termaktub dalam Perkara 153 (kedudukan istimewa orang-orang Melayu dan anak-anak Ngeri Sabah dan Sarawak), Perkara 89 (Tanah Rizab Melayu, dan Perkara 8(5)(f) Rejimen Askar Melayu) Perlembagaan Persekutuan.

Kamaruzaman Mohamad

Pengarah Himpunan Aman Rakyat Tolak ICERD

Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) dan Sekretariat Kedaulatan Negara (DAULAT)

23 November 2018

Leave a Response