Anwar : ICERD Mendukung Keadilan dan Menolak Diskriminasi,  Isu Pada Perlaksanaan

share on:

Anwar : ICERD Mendukung Keadilan dan Menolak Diskriminasi,  Isu Pada Perlaksanaan

Ahli Parlimen Port Dickson, Anwar Ibrahim berpendirian bahawa ICERD hanyalah dokumen yang mendukung keadian; yang tidak ada sebarang kecacatan padanya.

Kenyataan tersebut dkeluarkan beliau Jumaat lalu melalui rakaman ringkas yang dimuat naik di laman Twitternya.

Dalam masa sama, beliau tidak menafikan kebimbangan pelaksanaan ICERD yang berkemungkinan mencetuskan ketegangan kaum.

“Jadi pada pendapat saya sementara ICERD  itu, tidak ada cacatnya kerana ia adalah satu dokumen yang mendukung keadilan dan menolak diskriminasi.

“Tetapi pelaksanaannya, atau untuk kita meterai harus kita ambil kira kebimbangan, keresahan dan kemungkinan mencetuskan ketegangan kaum.

“Jadi, tujuannya baik tetapi pelaksanaannya itu menimbulkan satu lagi kegelisahan. Jadi, dalam peringkat ini, dibawah Tun Mahathir yang baru nak betulkan kepincangan system yang lama,” katanya.

Anwar turut menyatakan adalah sesuatu yang wajar bagi kerajaan menangguhkan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Tags:

Leave a Response