PTPTN: Gaji Menteri Puluh Ribu Patut Dipotong Bukan Graduan

share on:
Menyifatkan keputusan kerajaan Pakatan Harapan itu tidak adil, pengamal undang-undang yang juga aktivis Concerned Lawyers for Justice (CLJ), Aidil Khalid berkata, sukar dibayangkan kehidupan peminjam yang hidup di bandar dengan gaji RM1,000, kerana pendapatan mereka masih di bawah paras kemiskinan.
Katanya, gaji yang sepatutnya dipotong adalah milik menteri yang gagal melaksanakan janji manifesto, kononnya mahu memberi penangguhan bayaran semula PTPTN sehingga gaji graduan mencecah RM4,000.
“Sila potong pendapatan bulanan Guan Eng yang sebanyak RM80,000 sebulan; Dr Mahathir yang sebanyak RM70,000 sebulan; dan menteri-menteri lain yang puluhan ribu semuanya.
“Gaji-gaji para pembongak dan pembohong inilah yang sepatutnya dipotong, Bagai jatuh, ditimpa tangga. Apalah nasib menjadi rakyat.” katanya dalam satu kenyataan.
Dalam pembentangan belanjawan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng semalam menyatakan, kerajaan berhasrat memperkenalkan lima langkah bagi membantu peminjam PTPTN membayar balik pinjaman mereka mulai tahun depan, termasuk memberi potongan pinjaman kepada pelajar daripada isi rumah B40 yang mendapat keputusan kelas pertama.
Guan Eng berkata, langkah lain ialah memperkenal pembayaran balik secara potongan berjadual antara dua dan 15 peratus daripada pendapatan bulanan pinjaman.
Terdahulu, manifesto PH dalam kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) berjanji untuk memberi penagguhan bayaran balik pinjaman kepada graduan berpendapatan RM4,000 ke bawah sebulan.
Namun, selepas mentadbir kerajaan, Menteri Pendidikan Maszlee Malik meminta peminjam membayar balik pinjaman mereka dan menyifatkan pinjaman perlu tetap dibayar walaupun sedikit.

Leave a Response