Lokman Sindir Khairy Isu PAS

share on:

Lokman Sindir Khairy Isu PAS

Oleh : ‘Aisyaa Yasmin

Kuala Lumpur : Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dato’ Lokman Noor Adam, semasa PAU semalam menyindir Khairy Jamaluddin berkenaan reaksinya yang mengatakan Umno perlu diganti oleh pemimpin yang disukai rakyat.

“Semalam saya melihat tepukan yang paling kuat ialah bila mana pimpinan menyebut berkenaan kerjasama Umno dan PAS.

“Ini menunjukkan rakyat yang menghadiri perhimpunan semalam yang majoritinya bangsa Melayu, bumiputera, mereka sangat suka Umno bekerjasama dengan PAS.

“Maka, sekali lagi saya sangat bersetujulah dengan kenyataan KJ,” katanya.

Bidasnya lagi, KJ juga perlu akur dengan pandangannya sendiri apabila Dato’ Seri Zahid Hamidi menggelar KJ sebagai ‘Ministry Waiting’ mendapat bangkangan ahli dewan.

“Jadi mungkin jugalah ada orang Umno yang terlebih perasan dia layak jadi menteri kewangan, mungkin dia cakap pasal diri dia sendiri,” selorohnya ketika mengulas berkenaan suasana dewan yang bertukar bingit apabila isu tersebut disebut.

Menurutnya lagi, KJ sepatutnya akur dengan pemilihan Zahid Hamidi sebagai presiden parti seperti mana yang diputuskan oleh ahli Umno itu sendiri.

“Saya dulu pun pernah kalah juga. Walaupun saya kalah, saya membantu parti, saya akur dengan ketua parti dan tak pernah saya pertikaikan ketua pemuda saya, tak pernah kata dia tak betul, tak ada hala tuju,” ujarnya.

Ulasnya lagi, Presiden parti itu juga sebelum ini telah membentangkan hala tuju parti sekaligus menangkal dakwaan KJ yang mengatakan Umno tiada hala tuju.

“Kalau dia kata Umno ni masih lagi tak ada hala tuju, saya rasa mungkin dia dalam keadaan tidak sedar.

Leave a Response