“Jangan Pilih Pemimpin Bernafsu Jadi PM”

share on:

“Jangan Pilih Pemimpin Bernafsu Jadi PM”

PORT DICKSON – “Jangan pilih pemimpin yang bernafsu menjadi Perdana Menteri,” demikian tegas Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.

Katanya, adalah tidak wajar mengadakan PRK semata-mata untuk mendapatkan jawatan Perdana Menteri seterusnya.

“Satu Piihan Raya Kecil terpaksa diadakan di Port Dickson. Biasanya PRK ini iaah untuk mengganti wakil rakyat yang meninggal dunia; untuk memilih wakil rakyat yang baru.

“Wajarkah nak pilih Perdana Menteri Malaysia, orang Port Dickson sahaja yang mengundi untuk memimpin seluruh Malaysia?

“Ini satu amalan demokrasi yang sangat tidak wajar kerana kita sudah ada PM yang sudah dipilih, yang memimpin pilihan raya lalu.

Katanya, walaupun beliau tidak bersetuju dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad, namun rakyat perlu menghormati bahawa Tun Mahathir mengepalai PRU lalu; memimpin Pakatan Harapan setelah semua pimpinan pembangkang yang lain gagal membuat perubahan mengalahkan Barisan Nasional.

Jelasnya, kerajaan baru kini menyaksikan ketidakseimbangan dengan demografi penduduk Malaysia; 60% wakil rakyat bukan Islam, 58% wakil rakyat Islam.

“Walaupun kita tak setuju Tun M, Islam mengajar kita sebagaimana kata Saidina Ali, “Kamu kasih kepada seseorang ada sebabnya, bukan 100% setuju. Satu hari nanti boleh jadi orang ni kamu tak setuju dengan dia. Begitulah kamu marah seseorang, ada sebab juga. Jangan 100% marah, suatu hari nanti ada tempat kamu setuju dengannya.

“Kita menyaksikan bagaimana pimpinan Pakatan Harapan ni dahulu memaki hamun Tun M 100%.

“Kita menyaksikan orang nak jadi calon PM ni seorang yang menumpang Tun M, yang berkhidmat di bawah Tun M.

Tambahnya, PAS pada awalnya tidak mahu bertanding kerana Port Dickson bukan tempat untuk bertanding dengan mudah.

Namun jelasnya, apabila UMNO tidak bertanding, maka tiada orang yang berani bertanding; tiada jentera parti yang ada jentera yang berani bertanding.

“PAS ada jentera dia, PAS mengambil keputusan yang segera

“Kami suruh Setiausaha Agung PAS hubungi beliau yang berada di luar negara dan dicalon bertanding disini.

“Beliau ada pengaruh disini. Beliau pernah bertugas disini dan beliau tak mintak menjadi calon,” katanya.

Jelasnya, memilih pemimpin adalah satu amanah yang sangat besar dan tak boleh diberi kepada mereka yang menganggap ada peluang dan bersikap dengan prinsip oportunis.

Dalam masa sama, beliau berpesan supaya menghormati kebebasan beragama namun katanya, sebagai seorang Islam mestilah konsisten dengan agama walau dimana sahaja.

“Nak pilih pemimin bukan sekadar atas dunia, tapi sampai hari akhirat.

Leave a Response