“GST Kepada SST Umpama Tukar Tangan Kanan dan Kiri”

share on:

KUALA TERENGGANU, 15 Sept – Pegangan PAS terhadap dasar perjuangan al-Quran dan Sunnah tidak pernah ditinggalkan; termasuklah aspek ekonomi negara.

PAS tegas menentang sebarang unsur yang bertentangan dengan Islam terutama melibatkan halal dan haram.

“Antara ciri terpenting yang menjadi rukun negara sejahtera adalah melaksanakan konsep ekonomi yang adil. Konsep ekonomi Islam yang memberi penekanan halal dan haram, mewajibkan zakat, menggalakkan perusahaan dan perkongsian keuntungan, di samping tegas menghapuskan riba’, penipuan dan rasuah yang semakin diterima dan dianggap sebagai prasyarat ekonomi moden.

“Konsep zakat menjadi petunjuk dalam aspek percukaian yang diwajibkan ke atas mereka yang mampu sahaja. Tidak menyekat kekayaan seperti ideologi Sosialis dan Komunis, namun tidak terlalu bebas membolot kekayaan yang menjadi penyakit ideologi Liberal Kapitalis, sehingga membarahkan skandal pecah amanah dan amalan kronisma seperti 1MDB, PKFZ, PERWAJA, FOREX, BMF dan seumpamanya,” katanya.

Memetik ucapan sama, Presiden PAS juga menekankan mengenai kos sara hidup rakyat yang tidak mampu menghadapi tekanan inflasi, hendaklah ditangani bukan sekadar menukar GST kembali semula kepada SST.

Kaedah demikian katanya umpama menukar tangan kanan dengan tangan kiri untuk mencubit.

“Usaha perlu diambil untuk mengkaji model percukaian yang lebih adil kepada rakyat, peniaga dan kerajaan, bukannya dengan menggali lubang yang sama, yang telah terbukti gagal sebelum ini.

Leave a Response