Prof Dr Kamaruzzaman : Jawatankuasa Integriti Mampu Hindarkan PAS Dari Fitnah 90 Juta

share on:

Liputan Khas Menjelang Muktamar PAS

Prof Dr Kamaruzzaman : Jawatankuasa Integriti Mampu Hindarkan PAS Dari Fitnah 90 Juta

Kuala Lumpur , 12hb September – PAS merupakan satu-satunya parti politik Malaysia yang terkecuali dari segala aspek yag melibatkan krisis integriti.

Penganalisi poitik, Prof Dr Kamaruzzaman Yusoff menegaskan demikian melalui artikelnya dengan berkata PAS tidak terlibat kerana ahli, pimpinan dan organisasi PAS memahami prinsip integriti daripada perpektif Islam.

Katanya, kejayaan dari pemerintahan Kerajaan Negeri Kelantan bukan sahaja terbukti bebas rasuah, malah menunjukkan prestasi kewangan sangat cemerlang. Semua ini jelasnya lantaran ketelusan yang bermula dari dasar parti menerajuinya iaitu PAS.

“Kejayaan itu tidak hanya kerana ketelusan dan amanah pentadbiran, tetapi turut disumbang oleh kecekapan pengurusan yang bermula dari sekecil perkara yakni berjimat cermat.

“Lebih penting, ia adalah kekuatan aspek rohani di mana mendidik perihal ketakwaan; sesuatu yang tiada dalam ajaran selain Islam.

“Islam yang menjadi dasar kepada parti PAS inilah hingga perkara itu dibuktikan dengan pengiktirafan markah 99.0 peratus bagi Prestasi Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti 2016 dalam Laporan Ketua Audit Negara untuk Pejabat Menteri Besar dan SUK Kelantan,” jelasnya.

Selain itu, beliau juga menyentuh perkembangan terkini PAS yang telah difitnah menerima sebanyak 90 juta rasuah oleh pihak Sarawak Report.

Ekoran itu, penganalisis politik tersebut menyarankan supaya jawatankuasa integriti ditubuhkan agar perkara tersebut tidak dibiarkan begitu sahaja.

“Penubuhan jawatankuasa ini sangat penting untuk memastikan pimpinan PAS terselamat daripada sebarang fitnah pada masa yang akan datang.

“Jika berlaku apa sahaja bentuk fitnah daripada mana-mana pihak, maka pihak jawatankuasa ini boleh mengadakan siasatan, lawatan dan akhirnya mengesahkan bahawa mereka tidak melakukan sebarang bentuk tindakan yang boleh mencemarkan kedudukan mereka terutama sebagai pemimpin PAS.

“Jika kita sebagai ahli parti melihat pucuk pimpinan didakwa melakukan korupsi dalam pentadbiran negeri, pengurusan politik dan lain-lain, aduan dan laporan dalam bentuk penyerahan bukti, persaksian boleh dibuat terus kepada jawatankuasa ini tanpa melalui prosedur ketat seperti laporan tatatertib,” ulasnya.

Leave a Response