Sebat Lesbian : Persatuan Peguam Muslim Malaysia Ucap Tahniah Kepada Terengganu walaupun ada bantahan

share on:

Walaupun ada suara tentangan dan tidak bersetuju malah ada juga yang menghantar petisyen agar hukuman sebatan dibatalkan , namun Alhamdulillah hukuman sebatan syariah ke atas pesalah wanita ini tetap dilaksanakan pada hari ini . Prosiding bermula tepat jam 10.00 pagi di Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu.

Kalau sebelum ini kami, hanya mampu mengiringi Kartika Sari Dewi Sukharnor ke Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Farima Kuantan pada 2.4.2010 yang lalu untuk menjalani hukuman khidmat masyarakat, Alhamdulillah pada pagi kami menyaksikan sendiri hukuman sebatan syariah ke atas pesalah wanita di Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu.

Tahniah Mahkamah Syariah Terengganu kerana berjaya melaksanakan hukuman sebatan ke atas pesalah wanita mengikut hukum syarak dan perutukkan 125 Enakmen Tatacara Jenayah Mahkamah Syariah Terengganu 2001.
Untuk rekod , Pesalah telah dijatuhkan hukuman dengan 6 sebatan dan RM3300.00 denda atau penjara sekiranya gagal atas kesalahan Musahaqah iaitu perhubungan sesama jenis perempuan di bawah seksyen 30 Enakmen Jenayah Syariah (Takzir) Negeri Terengganu 2001.

Pesalah telah mengaku bersalah dan tidak merayu di atas hukuman yang di jatuhkan ke atas mereka.

Pada pengamatan saya kepada perlaksanakan hukuman yang dilaksanakan pagi ini, sesungguhnya jelas sebatan syariah yang dilaksanakan tidak menganiaya pesalah wanita berkenaan:

1. Pesalah wanita dipakaikan dengan pakaian yang menutup aurat mengikut hukum syarak.

2. Pesalah wanita disebat oleh tukang sebat wanita . Perlaksanaan hukum sebat hari ini di laksanakan oleh Tukang sebat wanita daripada Penjara Wanita Kajang dengan di bantu oleh Penjara Pengkalan Chepa.

3. Pesalah wanita ditanya terlebih dahulu adakah faham hukuman, mahu merayu lagi dan disahkan oleh Pegawai Perubatan wanita sebagai sihat dan boleh dilaksanakan hukuman ke atasnya.

4. Sebatan ke atas pesalah wanita lakukan dalam keadaan pesalah duduk .

5. Sebatan di laksanakan dengan menggunakan rotan yang berukuran 1.22 meter panjang dan 1.25 ukur lilit lebar. Dan perotan hendaklah merotan dengan tidak menggangkat rotang melebihi paras bahu serta tidak boleh menyeret rotan ketika merotan pesalah .

Sesungguhnya definasi “ADIL” adalah “meletakkan sesuatu pada tempatnya “. Justeru itu adalah adil bagi seorang pesalah wanita dihukum sebagai mana yang dikehendaki hukum syarak dan bukan dilepaskan dari hukuman apabila melakukan kesalahan disebabkan dia wanita.

Semoga dengan pelaksanaan hukuman sebatan ini akan menjadi pengajaran kepada pesalah dan masyarakat agar tidak melakukan kesalah yang sama pada masa akan datang.

Marlina Amir Hamzah
Naib Presiden
Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia

Leave a Response