Pof Madya Rafidah Kesal Kenyataan Hannah Yeoh Cuba Alih Motif Jenayah

share on:

Saya merujuk kepada kenyataan dibawah:

https://m.malaysiakini.com/news/439588#.W3qh3BqQsas.whatsapp

Saya berkesempatan melawat mangsa di rumah beliau semalam (alamat dan nama dirahsiakan atas tujuan keselamatan) seorang transgender (mak nyah) yang cedera parah akibat dibelasah sekumpulan lelaki di Taman AST, Jalan Sungai Ujong di Seremban, Rabu lalu.

Saya mengenali mangsa lebih 2 tahun yang lalu, ketika mula-mula berbincang dengan beliau dan rakan- rakan dari sebuah persatuan advokasi masyarakat bagi mengadakan program mukhayyam dan kelas agama secara sukarela yang dianjurkan secara bersama oleh Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).

Oleh itu secara peribadi saya mengutuk serangan ke atas beliau yang menyebabkan kecederaan kepada tulang belakang, bahagian limpa dan patah tulang rusuk, serta luka dikepala yang memerlukan jahitan. Tiada sesiapa yang layak menerima layanan sedemikian. Beliau bertuah kerana mempunyai sahabat- sahabat dan keluarga yang prihatin.

Walaubagaimanapun setelah mendapatkan sedikit sebanyak penjelasan dari beliau dan keluarganya, saya berpendapat mengaitkan serangan dengan jenayah kebencian ke atas mak nyah dan prejudis terhadap jantina, sepertimana yang digambarkan oleh Hannah Yeoh, adalah satu kesimpulan yang terburu- buru. Ia bukan sahaja berkemungkinan mengganggu siasatan polis, bahkan mengenepikan motif asal serangan yang sepatutnya menjadi fokus agar keselamatan mangsa terjamin. Anggapan yang tersasar ini dilihat lebih kepada menjayakan agenda pihak tertentu, tanpa mengambilkira perkara yang sebenar, maupun dibuat dengan maslahah terbaik untuk mangsa, ‘in the best interest of the victim’.

Semua pihak seharusnya menunggu siasatan polis selesai sebelum mewar-warkan perkara yang tidak sahih.

Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar
Presiden
International Women’s Alliance for Family Institutions and Quality Education (WAFIQ)

Leave a Response