PRK Sg. Kandis: PAS Seru Tolak Parti Mudaratkan Islam/Melayu; Jentera Parti Bergerak Seperti Biasa Capai Target PRU 15

share on:

PRK Sg. Kandis: PAS Seru Tolak Parti Mudaratkan Islam/Melayu; Jentera Parti Bergerak Seperti Biasa Capai Target PRU 15

 

PAS mengambil keputusan tidak meletakkan Calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) N.49 Sungai Kandis.

Demikian kenyataan dikeluarkan Setiausaha Agung PAS, Dato’ Takiyuddin Hassan sambil memaklumkan keputusan itu turut terpakai dalam PRK DUN Balakong.

Jelasnya, keputusan itu kerana ingin mengkaji terlebih dahulu Hasil Dapatan Jawatankuasa Post-Mortem PRU 14 PAS Pusat yang sedang disiapkan ekoran tahap keputusan dalam PRU yang lalu, khususnya di Negeri Selangor.

“PAS tidak menurunkan jenteranya dalam PRK Sungai Kandis, namun
seluruh jentera PAS akan terus bergerak sebagaimana biasa dalam mengukuhkan parti pasca PRU14 bagi membuat persiapan menghadapi PRU 15.

“Sehubungan dengan itu ahli-ahli PAS di Sungai Kandis diarahkan membuat pilihan berpandukan pertimbangan yang wajar demi kepentingan Islam/Melayu serta masa depan negara dengan mengambil kira sikap PAS terhadap kerajaan baru PH adalah kekal sebagaimana sebelum PRU14 lalu,” jelasnya.

Tambah beliau, PAS juga berpandangan suatu amalan demokrasi yang baik (good democratic practice) memerlukan proses semak dan imbang (check and balance) dalam pentadbiran sesebuah kerajaan, termasuklah Kerajaan Selangor.

Kerusi DUN Sungai Kandis dipertandingkan semula selepas mantan Ahli Dewan Undangan (Adun) Sungai Kandis, Shuhaimi Shafiei meninggal dunia, Isnin, 2 Julai lalu.

Allahyarham Shuhaimi menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 11.10 pagi di Pusat Perubatan Subang Jaya kerana penyakit kanser limfoma.

Leave a Response