Pengiktiraf UEC: Ummah dan Mapim Cabar Menteri Pendidikan Debat

share on:

Pengiktiraf UEC: Ummah dan Mapim Cabar Menteri Pendidikan Debat

Pengiktirafan UEC oleh kerajaan terus menjadi pertikaian termasuk dari kalangan NGO. Terbaru, NGO Ummah dan Mapim mencabar Menteri Pendidikan untuk berdebat membincangkan isu itu.

Ketua Eksekutif Mappim merangkap Ahli Jawatankuasa Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Mohd Zai Mustafa berkata pihaknya bersama Gabungan 300 NGO telah bersiap sedia untuk mengerakkan himpunan bantahan rakyat secara besar-besaran kepada menteri pendidikan, Dr Maslee Malik yang tegar dan tidak mahu menarik balik kenyataan beliau mengiktiraf UEC yang beliau telah buat pada 12 Julai lalu di PICC Putrajaya.

Menerusi kenyataannya, beliau berkata himpunan itu akan disertai oleh semua lapisan tokoh2 pendidikan, bahasa, ahli akademik, ngo2 , tokoh sejarah, ahli masyarakat dan ahli-ahli politik.

“Himpunan bantahan ini merupakan simbul sejarah kepada rakyat dan negara bahawa UEC tidak sekali-kali dibenarkan untuk diiktiraf didalam sistem kerangka pendidikan kebangsaan.

“Diseru semua pimpinan dan rakyat yang cintakan bahasa kebangsaan dan sistem pendidikan kebangsaan agar dapat bersama sama dalam perhimpunan yang bersejarah ini,” katanya.

Tambahnya, Mappim dan Ummah menyangkal dakwaan menteri pendidikan pada 17hb Julai, yang menyatakan bahawa golongan yang menentang UEC adalah berunsur ‘perajudis’.

Justeru ulasnya, Mappim dan Ummah mencabar dan bersedia menyediakan tempat kepada menteri pendidikan untuk berdebat pada bila bila masa dengan tokoh tokoh bahasa, pendidikan, sejarah, undang2 dan ngo2 bagi melihat secara objektif dan berfakta bagaimana UEC akan memberi kesan dan malapetaka kepada sistem pendidikan kebangsaan.

Katanya, sikap tegar menteri pendidikan untuk mengiktiraf UEC sehingga masih lagi tidak membayangkan untuk menarik semula kenyataan beliau sehingga tempoh yang diberikan (7 hari – sehingga 21hb Julai ini ) akan meningkatkan lagi semangat rakyat untuk berhimpun pada 28hb Julai nanti.

Leave a Response