Isu Perogol Dalam Undang-Undang Islam: Jawapan Kepada Tun Mahathir

share on:

Isu Perogol Dalam Undang-Undang Islam: Jawapan Kepada Tun Mahathir 

Kalau baca sendiri quran dalam Bahasa Inggeris boleh jadi alim mujtahid, memang berat.

Ayat mana tak tahu yang Tun M kata perogol dalam Islam akan lepas sebab tak ada 4 saksi. Ini dah mahakarut.

Yang perlu 4 saksi dalam kes zina manakala kes rogol termasuk jenayah yg boleh pakai saksi-saksi kurang daripada 4 orang dan bukti-bukti.

Beza kes zina dan rogol dari banyak sudut. Antara ketaranya ialah pendakwa dalam kes zina ialah pihak ke tiga yang tiada berkepentingan. Manakala kes rogol pula pendakwa ialah mangsa zina paksa yang ada kepentingan hak dalam dakwaannya.

Antara beza ketara pulak kes rogol dalam undang-undang Islam dan konvensional ialah, mangsa akan dapat pampasan Diyyat Al Budh’i (البضعي) manakala dalam kes konvensional pula mangsa tak dapat apa-apa melainkan malu. Nak dapat pampasan kena buat tuntutan berasingan.

Jadi ayat sebetulnya ialah jika mangsa yang pakai undang-undang Islam maka mereka akan dapat pampasan secara automatik manakala dalam konvensional mangsa belum tentu dapat pampasan.

Dalam kes rogol di Kedah yang pernah saya tulis satu masa dahulu, pesalah ditangkap dipenjara dan kerajaan (baca duit kita semua) yang digunakan tanggung dia dalam penjara. Mangsa 2 beradik bawah umur pula hanya mendapat malu tanpa mendapat apa2 pampasan sekalipun pesalah sudah di diputuskan bersalah.

Jika dalam islam, pesalah akan dipotong kaki dan tangan bersilang dan duit kerajaan tak habis sebab mereka tak perlu dipenjarakan. Yang lebih baik ialah mangsa akan dapat pampasan yang dikenali sebagai دية البضعي.

Jadi, penasihat agama dalam PH kena tolong bacakan Hadis juga kepada Tun M sebab hukun hakam ni bukan Quran sahaja. Wallahaklam jika penasihat2 PH ni hanya sibuk buka hadis hentam PAS sahaja.

Wallahuaklam.

Zaharudin Muhammad Al-Faqeeh.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10156655736744883&id=87363369882

Leave a Response