Barangan Turun Sehingga 50% Kesan Hapus GST Tidak Masuk Akal

share on:

Barangan Turun Sehingga 50% Kesan Hapus GST Tidak Masuk Akal

Oleh: Ustaz Zaharudin Muhammad Al-Faqeeh.

Ayam daging sayur dan kebanyakan barang keperluan yang disebut oleh YAB Menteri Pertanian, Salahudin Ayob adalah barangan bersifat zero-rated items. Ini bermakna, barangan ini tidak dikenakan apa-apa cukai GST sewaktu ianya berkuatkuasa dahulu. Jadi bagaimana logiknya boleh turun sehingga 50% kesan penghapusan GST?

Faktor penentuan harga barangan seperti ini berdasarkan tawaran dan permintaan (demand and supply) bukan GST 6% justeru ianya dikecuakikan GST. Harga pasaran sebenar barangan seperti ini disebut sebagai Equilibrium Price apabila demand dan suply seimbang.

Sebahagian besar barangan turun harga yang disebutkan oleh YAB Menteri dalam bentuk short-run forced. Dalam keadaan barangan tersebut bukan single supply + short run / short shelf life + zero rated GST = tak logik turun sampai 50% kesan penghapusan GST oleh PH.

Barangan seperti ini boleh turun disebabkan banyak faktor, antara faktor utama apabila demand rendah berbanding supply. Antara faktor demand rendah ialah kuasa beli semakin lemah menyebabkan barangan tersebut tidak laku. Jadi harga perlu diturunkan disebabkan barangan tersebut akan rosak jika tidak dilelong habis dengan harga murah sebelum tamat tempohnya.

Sayur sebagai contoh, jika shelf lifenya tahan 5 hari, maka pada hari pertama waktu sayuran itu masih segar, Equilibrium Price adalah rm10 sekilo. Tetapi jika dah masuk hari ke 5 tetapi sayur tadi masih berbaki banyak, keadaannya dah kecut dan esok pasti buruk, maka pada hari ke 5 sayuran tersebut wajib dilelong sekalipun dengan harga rm0.50 sen sekilo kerana keesokannya akan buruk dan harganya pasti jadi kosong.

Seorang menteri yang nak tunjuk harga murah, dia kena bercakap pada hari ke 5 sayuran itu dijual, bukan hari pertama. Baru rakyat yang tak faham tentang market price akan “wowww” harga turun daripada RM10 kepada RM0.50 sen.

Realitinya, ramai kawan-kawan peniaga saya merungut jualan Ramadhan ini sangat perlahan berbanding tahun lepas. Seorang teman saya, peniaga di pasar Kuala Terenganu mengadu jualannya sepanjang ramadhan tahun ini turun lebih kurang 30 – 40 persen berbanding tahun lepas.

Untuk memulihkan kuasa beli rakyat seterusnya melariskan barangan keperluan ini, maka wang ditabung besar atasan perlu dicairkan ke bawah seperti bonus raya untuk kakitangan kerajaan, BR1M dan lain-lain justeru mereka adalah pembeli kepada barangan yang disebutkan di atas seterusnya melariskan jualan peniaga2 marhain.

Tapi kalau kerajaan gunakan duit rakyat sebanyak RM40 juta untuk dibayar kepada 2 orang pemegang lesen bola puasa dunia, ia tidak akan memulihkan kuasa beli rakyat justeru ia tidak digunakan membeli barangan keperluan yang dijual oleh peniaga biasa melainkan sekadar keperluan mereka berdua dan keluarga mereka. Msutahil mereka beli 1000 kologram daging untuk dimakan oleh 2 orang tetapi bila wang itu diagihkan kepada lebih ramai maka lebih ramai yang akan membeli barangan keperluan seterusnya melariskan barangan jualan marhain.

Dengan kata lain, jika wang itu tidak dialirkan kepada segekintir golongan korporat, sebaliknya wang itu digunakan sebagai bonus kakitangan, agihan tambahan kepada seluruh golongan miskin di Malaysia, maka wang itu berguna untuk melariskan barangan jualan marhain justeru penerimanya (golongan miskin) adalah pelanggan kepada pasar pasar jualan barangan keperluan yang dipelopiri golongan marhain.

Kesimpulannya, turun harga barang akibat hapus GST sebagaimana dakwaan menteri pertanian adalah tidak masuk akal. Bahkan penurunan harga barangan tersebut besar kemungkinan akibat lemah kuasa beli rakyat akibat pemotongan bonus raya daripada RM500 kepada RM400 dan daripada sepatutnya diperolehi oleh semua gred kakitangan tetapi akhirnya dihadkan kepada gred 41 ke bawah sahaja dan lain- lain potongan atas alasan “bayar hitang Rm1 trilion”

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/06/438243/harga-barang-turun-30-50-peratus

Tags:

Leave a Response