Persepsi Buruk Kepada Agong Cuba Dicipta

share on:

PAS sudah terkena dengan pukulan media sosial sebelum PRU14. Memang dalam ilmu media disebut sebagai agenda setting. Akhirnya masyarakat percaya apa yang didakwa, apabila difokus dan diulang berkali-kali. Soal dosa dan pahala tidak kisah. Tuduh dahulu, kemudian baru cari bukti. Yang dituduh kena bukti tidak bersalah, yang menuduh tidak perlu bawa bukti. Dibicara di mahkamah media sosial.

Isu UG, isu RM90 juta telah dipercayai oleh pengundi terutama pengundi muda dan orang bukan Islam. Hampir 10 tahun isu UG dimainkan dan hampir dua tahun isu wang RM90 juta diputarkan. Akhirnya persepsi buruk telah menimpa PAS.

Sekarang mereka cuba membentuk persepsi buruk kepada YDP Agong. Apa tujuan mereka buat demikian, kita tidak tahu. Kenapa sekarang baru bangkit isu perbelanjaan YDP Agong? Generasi muda yang percaya dengan media sosial ini akan marah kepada YDP Agong dan Institusi Raja-Raja. Ini trend yang merbahaya, jika yang ajar itu orang tua.

Saya masih berpendirian jangan runtuhkan sendi yang sudah dibina oleh mereka yang terdahulu, walaupun ada kelemahan. Kita perbaiki, bukan meruntuhkan. Ingat, hendak meruntuhkan senang, tetapi hendak membina begitu sukar. Sejarah negara Malaysia berbeza dengan negara lain. Keutuhan ini mesti dipelihara. Kalau pun tidak mahu sangat dengan budaya Islam, jangan buang budaya Melayu dan adat ketimuran. Jangan ikut emosi.

USTAZ IDRIS AHMAD

Leave a Response