YDPA Adalah Ketua Negara, Nasihat Bukan Arahan

share on:

YDPA Adalah Ketua Negara, Nasihat Bukan Arahan

03 Jun 2018
Ahad

Assalamualaikum wbt.

Kuasa YDPA dalam pelantikan Peguam Negara disebut dalam Perkara 145(1) Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa YDPA, yang bertindak atas nasihat Perdana Menteri perlu melantik seorang memenuhi kelayakan sebagai hakim Mahkamah Persekutuan, untuk menjadi Peguam Negara.

Dalam mengikut nasihat PM tersebut, adakah YDPA tidak mempunyai pilihan atau budibicara Baginda?

Saya berpandangan YDPA dalam bertindak mengikut nasihat PM, perlu melihat kedudukan Baginda sebagai Ketua Negara.

Nasihat bermaksud memberikan pandangan yang baik sifatnya, utk kepentingan seluruh masyarakat dalam negara.

Nasihat bukan suatu arahan, kerana dalam kedudukan PM dan Kabinet yang dilantik oleh YDPA, bagaimana dia/mereka hendak mengarahkan seorang Ketua Negara?

YDPA yang berada pada kedudukan lebih tinggi akan menilai nasihat tersebut berdasarkan kebijaksanaan, amanah dan Sumpah Baginda untuk mempertahankan agama Islam pada setiap masa.

Saya juga berpandangan bhw proses ini sepatutnya berlaku secara tertutup, penuh beradab dan berhemah, tanpa sebarang pendedahan media.

Pendedahan kepada Media akan menimbulkan spekulasi, menimbulkan persepsi negatif, merendahkan institusi Raja dan memaparkan ketidakprofesionalan kerajaan.

MUSA AWANG
Presiden
Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)

Leave a Response