Berat Sangatkah Kemahuan Agong

share on:

BERAT SANGATKAH KEMAHUAN AGONG?

ROSLAN SMS

Isu perlantikkan Peguam Negara yang baru menggambarkan tidak lancarnya pentadbiran kerajaan baru bawah PH.

PM seakan mahu mengeruhkan suasana apabila menyatakan yang kerajaan tetap akan lantik peguam Tommy Thomas sebagai Peguam Negara baru. Sudah tertutup dan tiada lagikah pintu rudingan dan tolak ansur?

Sementara itu Majlis Raja-raja dijangka mengadakan persidangan berhubung isu ini esok.

Apakah masalah sebenarnya?

Yang Dipertuan Agong dan Raja-raja Melayu sebagaimana PM dan kerajaan punya tugas dan tanggungjawab masing-masing.

Kestabilan negara terjamin apabila masing-masing lancar melaksanakan amanah masing-masing.

Agong dan Raja-raja bukanlah boneka atau sekadar simbol adat istiadat akan tetapi mereka punya kuasa walau sedikit dalam hal memelihara negara dan rakyat.

Kerana itu kita rakyat Malaysia berikrar setia pada Raja dan negara dalam ikrar Rukunegara kita.

Dalam hal ini Agong sebagaimana dipetik akhbar The Star baru-baru ini sekadar mahukan seorang Peguam Negara yang mahir yang boleh menasihati Baginda termasuk dalam urusan Syariah.

Salahkah Baginda mahukan calon seumpama itu?

Ini bukan isu kaum atau agama. Ini isu kehendak Agong yang tidak bercanggah pun dengan Perlembagaan Negara, undang-undang dan peraturan malah selaras dengan tugas Baginda yang tutut memelihara kepentingan Islam dalam negara.

Janganlah dikeruhkan suasana sehingga mengadu-domba rakyat dan mencabar kesabaran mereka.

PH sudah menang dan bentuk kerajaan, perintahlah tanpa menyinggung dan melanggar institusi dan lambang yang sudah diiktiraf, dihurmati dan diterima rakyat.

Pemimpin dan kerajaan datang dan pergi tetapi Institusi Di Raja kita yang kita warisi ratusan tahun insyallah kekal dengan peranan mereka sebagai payung agama dan rakyat keseluruhannya.

Semoga krisis ini segera selesai dan keyakinan rakyat terutama umat Islam dikembalikan.

Leave a Response