Reaksi Penyokong Tommy Thomas Sebagai AG, Berikut Adalah Hujah Mereka

share on:
  1. Reaksi Penyokong Tommy Thomas Sebagai AG, Berikut Adalah Hujah Mereka

 

Rakyat Malaysia telah keluar menyatakan sokongan terhadap cadangan nama Tommy Thomas sebagai Peguam Negara yang diusulkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan.

Pengguna Media Sosial berkata pilihan Peguam Negara sepatutnya dihormati oleh Yang di-Pertuan Agong, yang mana dilaporkan telah meminta calon yang lain bagi menggantikan Mohamed Apandi Ali.

“Pilihan kerajaan pada hari ini seharusnya dihormati. Raja-raja sepatutnya tidak terlibat dalam politik,” tulis Anizam Ahmed dalam Facebook.

Manakala yang lain melihat pada kredibiliti Thomas, yang dikatakan sangat layak untuk jawatan tersebut.

“Pilihan terbaik untuk jawatan tersebut! Raja seharusnya mengikuti nasihat Perdana Menteri. Sepatutnya tiada campurtangan dari Raja-raja,” kata Terence Yeoh.

Chan Tsu Chong menulis di Twitter bahawa Tommy Thomas akan menjadi seorang Peguam Negara yang cemerlang atas kepakaran, kemahiran dan pendekatan progresif dalam bidang undang-undang.

Mereka semua memberi komen balas terhadap laporan Malaysian Insight bahawa Pakatan Harapan telah mengutus surat kepada Yang di-Pertuan Agong memohon pemecatan Apandi dan menggantikannya dengan Thomas, satu-satunya pilihan Kerajaan Pakatan Harapan.

Amanah, Bersatu, DAP dan PKR merasakan pelantikan seorang ahli perundangan yang disegani akan memberikan isyarat kepada rakyat Malaysia dan seluruh dunia bahawa kerajaan yang baru serius dalam membuat reformasi institusi.

Juga, pelantikan tersebut akan memastikan seorang peguam yang mahir untuk mengendalikan kes berprofil tinggi, termasuk membicarakan mereka yang terlibat dalam skandal 1MDB.

Malaysian Insight difahamkan bahawa Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu mahukan Peguam Negara Melayu Islam.

Walaubagaimanapun, blogger seperti Syed Akhbar Ali menyatakan bahawa perlembagaan negara tidak menyatakan bahawa jawatan itu mesti diisi oleh Melayu Islam.

Seorang komentator yang lain, Victor Yen, berkata sudah tiba masanya Malaysia melihat hal ini melangkaui skop bangsa dan agama.

“Rakyat Amerika boleh menerima seorang Negro sebagai Presidennya, kenapa Rakyat Malaysia tidak boleh menerima selain Melayu sebagai Peguam Negara? Adakah kita bergerak ke hadapan atau ke belakang? Pilihan di tangan anda,” katanya di Facebook.

“Siapa sahaja pengamal perundangan akan berkata Tommy Thomas lebih dari layak untuk dilantik sebagai Peguam Negara. Tun M tentunya tahu hal ini,” kata Kuruvilla.

Seorang lagi pengguna Facebook, Jassy Cheam, berkata Rakyat Malaysia tahu menghormati sensitiviti kaum yang lain.

“Kita terpelajar dan bijak. Kita tahu menghormati satu sama lain. Berhentilah memisahkan kami antara Muslim dan Non-Muslim! Sangat menyedihkan. Bagaimana kita mahu maju?”

Berita ini diterjemahkan dari :

https://www.themalaysianinsight.com/s/51892

Leave a Response