Netizen Berang Bila Tahu Kos Siaran Piala Dunia Bernilai 40 Juta

share on:

Netizen Berang Bila Tahu Kos Siaran Piala Dunia Bernilai 40 Juta

Oleh : Asyraf Hanif

PUTRAJAYA, 30 Mei – Netizen telah dikejutkan dengan satu pengumuman dari Menteri Komunikasi dan Multimedia bahawa kabinet akan memperuntukkan RM40 Juta untuk membeli hak penyiaran Piala Dunia 2018.

Ekoran dari itu, ia mendapat pelbagai reaksi netizen yang berang dengan pihak kerajaan kerana mengeluarkan kos yang terlalu tinggi memandangkan hutang negara yang didedahkan kerajaan telah mencapai 1 Trillion.

Rata-rata netizen menyifatkan apa yang dibuat kerajaan ini adalah satu pembaziran malah ada juga yang mengkritik kerajaan yang membuka tabung untuk membayar hutang negara tetapi dalam masa sama kerajaan membelanjakan kos yang cukup besar tanpa mendatangkan manfaat kepada rakyat.

“Dalam masa negara tiada duit…ada lagi piala dunia…lepas tu buat tabung la…40juta tu.

“Kata tiada duit tapi sampai 40 juta tuu apa ke hal,” demikian antara luahan tidak puas hati rakyat.

Piala Dunia 2018 akan bermula pada Hari Raya pertama dan RTM akan menyiarkan 41 daripada 64 perlawanan yang akan berlangsung pada Piala Dunia 2018. Sebanyak 27 perlawanan akan disiarkan secara langsung manakala 14 perlawanan yang berbaki akan disiarkan melalui siaran tertangguh.

Leave a Response