PH Bertukar Jadi BN 2.0?

share on:

PH Bertukar Jadi BN 2.0?

Tindakan lompat parti beberapa ahli parlimen BN selepas PRU14 tamat dikhuatiri akan memberi kesan kepada Pakatan Harapan.

Bekas menteri, Tan Sri Dr Rais Yatim berkata, jika hal tersebut berterusan, PH dibimbangi bakal menjadi Barisan Nasional 2.0

“Kalau kini diterima masuk oleh Harapan semua pihak yang rasa tersepit hidup, maka yang akan wujud ialah BN 2.0 dengan segala peil (perangai) rosaknya. Sia-sia bergalang leher setakat ini.

“Ayuh segerakan janji-janji untuk rakyat,” katanya dalam catatan di Twitternya, awal pagi tadi.

Semalam Adun Sedili, Rasman Ithnain; Adun Johor Lama, Rosleli Jahari dan Adun Endau, Alwiyah Talib; kesemuanya Adun BN di Johor mengumumkan menyertai PH.

Tags:

Leave a Response