Pemimpin Utama DAP, Lim Guan Eng Pegang Menteri Kewangan Malaysia

share on:

Pemimpin Utama DAP, Lim Guan Eng Pegang Menteri Kewangan Malaysia

Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir hari ini telah mengumumkan tiga kabinet kerajaan yang baru iaitu Menteri Dalam Negeri, Menteri Kewangan dan Menteri Pertahanan.

Lim Guan Eng telah diumumkan sebagai Menteri Kewangan bagi kerajaan baru Pakatan Harapan.

Berikutan perlantikan itu, timbul persoalan dikalangan rakyat adakah orang yang disiasat dalam kes rasuah adalah yang terbaik dilantik sebagai Menteri Kewangan.

Pengumuman itu juga mendapat kritikan dari Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli; menyifatkan pengumuman yang dilakukan Tun Mahathir sebagai tidak muktamad.

Tegasnya, perbincangan bagi setiap kabinet kerajaan hendaklah mendapat persetujuan kesemua parti komponen Pakatan Harapan.

“Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan berbincang dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hospital Rehabilisasi Cheras mengenai pelantikan ini,” katanya.

Leave a Response