PAS Tawarkan Kerajaan Perpaduan, MB dan Exco Mesti Majoriti Muslim

share on:

PAS Tawarkan Kerajaan Perpaduan, MB dan Exco Mesti Majoriti Muslim

Oleh: Faris Mahfuz

Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Hadi Awang menyatakan bahawa Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat hari ini telah membincangkan perkembangan politik semasa di Negeri Perak.

“PAS menawarkan penubuhan Kerajaan Perpaduan (Kerajaan Tanpa Pembangkang) yang dianggotai oleh semua parti politik (PAS, PH dan BN) dengan syarat Kerajaan Perpaduan ini dipimpin oleh seorang Islam yang dipersetujui oleh majoriti ADUN Islam.

“Manakala, EXCO Kerajaan negeri mestilah majoritinya dari kalangan ADUN beragama Islam.” tulis beliau dalam kenyataan media Presiden PAS hari ini.

Leave a Response