PAS Perak Terima Tawaran Dari PH Dan BN, Benarkan PAS Perjuang Isu Islam Syarat Utama

share on:

 

PAS PERAK TERIMA TAWARAN DARI PH DAN BN, BENARKAN PAS PERJUANG ISU ISLAM SYARAT UTAMA

Sidang Akhbar oleh Hj RAZMAN ZAKARIA

a) Menjelaskan pada pagi tadi PAS Negeri PERAK telah mengadakan perjumpaan untuk membincangkan tawaran yang diterima oleh ADUN PAS.

b) Menjelaskan PAS Negeri PERAK telah mendapat tawaran kerjasama daripada kedua-dua parti (BN dan PH) tetapi masih belum membuat keputusan.

c) Perbincangan Jawatankuasa Tertinggi PAS PERAK
dengan Majlis Syura perlu diadakan untuk memutuskan sebarang bentuk kerjasama.

d) Menjelaskan keputusan daripada Majlis Syura akan diputuskan secepat mungkin.

e) Menyifatkan ketiga-tiga ADUN PAS sebagai “King Maker” untuk membentuk kerajaan Negeri PERAK.

f) Menjelaskan parti yang bergabung dengan PAS tidak boleh menghalang syarat PAS yang telah dipersetujui.

g) Syarat utama perjuangan dan matlamat PAS jangan dihalang terutamanya RUU 355 dan berlandaskan Al Quran dan Hadis.

h) Jika BN atau PH bersetuju dengan syarat PAS, tidak ada halangan untuk mengadakan kerjasama dengan mana-mana parti.

i) Banyak perjuangan dan matlamat PAS yang perlu diperjuangkan seperti soal akidah, ekonomi dan cukai.

j) Menjelaskan esok ada mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi PAS Negeri PERAK untuk mengadakan perbincangan menyeluruh terhadap keputusan yang akan ditetapkan.

Leave a Response