Menteri Besar Kelantan Kekal

share on:

 

MENTERI BESAR KELANTAN KEKAL

Oleh : Asyraf Hanif

Istana Kota Lama, 10 Mei – Kerajaan Kelantan telahpun membentuk sebuah kerajaan yang sah apabila telah berjaya memenangi majoriti kerusi dun dan diadakan Majlis Watikah Pelantikan Menteri Besar Kelantan pagi tadi.

YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan, Dato’ Hj Ahmad Bin Yaakob telah menerima watikah pelantikan sebagai Menteri Besar Kelantan di hadapan YMM Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra yang merupakan Pemangku Raja Kelantan.

Majlis itu yang diadakan di Istana Kota Lama turut dihadiri oleh YBM Tengku Tan Sri Mohamed Rizam Bin Tengku Abdul Aziz, Tengku Temenggong Kelantan, YB Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan Negeri.

Keputusan PRU-14 merupakan satu kejayaan buat Parti Islam Se-Malaysia (PAS) apabila berjaya mengekalkan Kerajaan Kelantan di bawah pentadbiran PAS dan merampas kembali Kerajaan Terengganu dari Barisan Nasional.

Leave a Response