PAS Berjaya Tawan Terengganu Dengan Menang Mudah

share on:

PAS Berjaya Tawan Terengganu Dengan Menang Mudah 

Oleh : Mohd Fadzil

Harapan dan cita-cita seluruh rakyat di Negeri Terengganu untuk melihat Islam memerintah seakan dapat direalisasikan malam ini apabila PAS Terengganu berjaya menawan negeri tersebut.

Yang Dipertua PAS Kawasan Marang, Ustaz Haji Yahaya Ali berkata kemenangan hanya akan dicapai dengan pertolongan daripada Allah SWT.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, Dato’ Ustaz Haji Hussin Awang juga tampil memberikan ucapan.

Pengumuman Keputusan Pilihanraya PAS Negeri Terengganu tersebut telah berlangsung di Dewan Tok Guru, Rusila, Marang sebentar tadi.

“Marilah kita menerima kemenangan ini dengan hati yang penuh khusyuk dan tawadhuk.

“Tunduk bersyukur kepada Allah bukan dengan menunjukkan kesombongan dan keangkuhan yang diluar batas-batas akhlak Islam,” ujar beliau

Berdasarkan borang 14, PAS Terengganu berjaya mendapat kemenangan sebanyak 22 kerusi DUN.

Antara kawasan DUN yang telah berjaya dimenangi oleh PAS ialah Tepoh, Wakaf Mempelam, Bandar, Alur Limbat, Bukit Payong dan Rhu Rendang.

Leave a Response